Wednesday, November 24, 2010

DHA DHA DHA


During my pregnancy, every single month without fail mesti pegi jumpa doctor and scan baby to makesure shes in good condition dalam perut ni…almaklumlah 1st baby mmg cluless and curious …and for that period I never heard any of the doctor mention pasal pengambilan DHA..they only gave me asid folic , calcium dengan pil multi vitamin tu je…which doesn’t contain DHA atau nama selainnya yg memberi maksud kpd benda yg sama…and yes I don’t speak medical stuff..terbelit belit nak menyebutnya…

What is DHA and what is it for…

DHA, sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat. Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. Ini kerana DHA diperolehi daripada makanan yang dimakan, maka kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin. Malangnya, ramai ibu mengandung gagal mendapatkan jumlah DHA yang disyor. Di samping itu, DHA tidak terdapat dalam kebanyakan vitamin pra lahir. (copy right from utusan Malaysia)

DHA juga boleh didapati dari susu ibu…semakin banyak pengambilan DHA si ibu maka lagi banyaklah khasiat DHA si anak peroleh…dan dari mana pula ibu nak dapat DHA?

1. 1. sumber DHA paling tulen ialah bukan daripada ikan itu sendiri, tetapi apa Yg dimakan oleh ikan itu iaitu tumbuhan laut yg dikenali sebagai 'alga.' Oleh itu, mengambil suplemen DHA yg diperbuat daripada alga laut merupakan cara paling selamat bagi ibu mengandung utk meningkatkan simpanan asid lemak mereka. NAMUN american Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA), telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindakbalas terhadap penemuan sesetengah jenis ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yg sekiranya berada pada paras yg tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin, bayi yg baru lahir, malah kanak-kanak yg baru bertatih. Ini boleh membawa kepada kesan negatif terhadap jangka masa penumpuan, penguasaan pertuturan, keupayaan penglihatan dan mengesan ruang, daya ingatan dan penyelarasan. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa di dalam rahim ibu. Elakkan daripada memakan ikan besar seperti ikan yu, todak, ikan tile dan tenggiri raja yang semuanya mengandungi methylmercury pada paras yang paling tinggi.

2. DHA daripada sumber tumbuhan (Alga) - Pilihan yang lebih selamat.Suplemen DHA yang diperbuat daripada alga menyediakan pilihan yang lebih selamat untuk ibu mengandung dan menyusu, yg ingin memperolehi manfaat DHA untuk bayi mereka tanpa berasa bimbang tentang toksin methylmercury @pun kandungan EPA yg tinggi.

3. Membeli suplemen. untuk memilih suplemen DHA yang bermutu bagi ibu mengandung dan menyusu, pastikan sumbernya adalah daripada sayuran (alga) kerana ia tidak mengandungi sebarang toksin mahupun EPA, yang selalunya dijumpai dalam kebanyakan suplemen yang sumbernya daripada ikan. Kan senang yg no3 ni…

Kesimpulannya, DHA dapat membantu anak menjadi pintar dan yg bagi pintar ialah Allah swt…so, dengan berdoa mohon agar anak menjadi pintar, kita tahu bahawa kita juga perlu berusaha kearahnya…terelkan saya copy paste fakta2 menarik ni..with any kind of ways, education is education...

No comments: